Wednesday, May 13, 2009

APA ITU BIRO DAKWAH & KEROHANIAN(BDK) dan PERSATUAN NUQABA' ASRAMA(PERNAS)?


logo Biro Dakwah dan Kerohanian(BDK)
logo Persatuan Nuqaba' Asrama(PERNAS)






Biro Dakwah dan Kerohanian (BDK) merupakan salah satu biro yang berada di bawah Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) SMAP Kajang. BDK bertindak sebagai satu badan yang mengawal atur aktiviti-aktiviti kerohanian dan pentarbiyahan islamiah di sekolah ini. Bagi memantapkan pengurusan dakwah di SMAP Kajang, satu lagi badan iaitu Persatuan Nuqaba' Asrama(PERNAS) turut bergerak bersama-sama BDK menerusi perletakan PERNAS di dalam BDK. Seterusnya,secara tidak langsung, kedua-dua badan ini merupakan Badan Dakwah SMAP Kajang yang menjadi satu wadah kepada pergerakan dakwah bagi menggapai hasrat tercetusnya biah islamiah di bumi barakah SMAP Kajang. Saf Kepimpinan kedua-dua badan ini yang silih berganti setiap tahun terus berusaha dan membawa legasi perjuangan dakwah di SMAP Kajang. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

 

::Laman Badan Dakwah SMAPK:: Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template